Sunday, 31 March 2013

APA ITU RUMPAI LAUT

Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing. Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun rumpai laut mempunyai karbohidrat yang tinggi tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan.

Di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai 'limu' telah menjadi makanan kegemaran sejak turun-temurun. Dua spesies yang digemari ialah Enteromorpha prolifera (alga hijau) dan Gracilaria Coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga merah) yang dikenali sebagai .purple laver' dimakan dengan beberapa cara. Alga merah ini mungkin dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikenali sebagai 'laverbread'. 'Purple laver' ini juga boleh dimakan sebagai sayur atau dikeringkan dan digunakan untuk membuat 'blancmange' dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai 'dulse' masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.

Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau 'kombu') dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat teh dan kandi. Undaria atau 'wakame' ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat 'nori' (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus 'sushi' (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).

Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempa- tan. Terdapat usaha untuk menanam genus ini secara kecil-kecilan di negeri ini. Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kambing, lembu, kuda, ayam dan babi.

Di Ireland dan Scotland terdapat industri pemprosesan rumpai laut untuk tujuan ini. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja.Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah. Alga koralin seperti Lithotamnion dan Lithophyllum turut digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah.

Rumpai laut juga banyak mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan. Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma.

      Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel.

       Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Sumber utama algin untuk kegunaan komersil ialah kelpa gergasi, Macrocystis. Di pantai barat Amerika Utara terutama di California, terdapat hutan kelpa yang paling luas. Ini menjadikan kawasan ini sebagai kawasan utama penghasilan kelpa yang paling luas. Ini menjadikan kawasan ini sebagai kawasan utama penghasilan algin di dunia. Kapal besar digunakan untuk menuai stip dan lamina tumbuhan ini pada kedalaman 1 hingga 2 meter di bawah permukaan air. Algin juga bolehdiperoleh dari- pada alga perang lain termasuk Laminaria.

        Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Bahan ini memberikan tekstur licin pada aiskrim dengan menghalang pembentukan molekul ais. Algin juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik. Disebabkan kemampuannya untuk memekat, algin juga digunakan dalam pembuatan berbagai-bagai hasil daripada syampu dan krim pencukur hingga kepada plastik dan pestisid. Dalam pemprosesan susu getah dan pencetakan tekstil, algin digunakan dengan meluas sebagai agen penstabil. Bahan ini juga digunakan sebagai pengemulsi dalam industri cat dan kosmetik.

      Fikokoloid kedua yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus ('Irish moss') di Atlantik Utara dan Eucheuma di kawasan tropika. Beberapa spesies Eucheuma telah ditanam secara meluas di Filipina. Karagenan juga boleh diekstrak daripada beberapa spesies alga merah lain seperti Hypnea dan Gigartina. Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu. Karagenan juga digunakan untuk membaiki tekstur roti dan sup.

      Satu lagi fikokoloid yang boleh diekstrak daripada rumpai laut ialah agar-agar. Agar-agar, dihasilkan oleh alga merah seperti Gelidium, Gracilaria, Pterocladia dan Gelidiella. Disebabkan kemampuannya membentuk jeli dengan mudah, agar-agar telah digunakan untuk melindungi ikan dan daging yang ditinkan. Selain itu, agar-agar digunakan sebagai agen penstabil dalam kosmetik dan farmasi. Bahan ini juga digunakan untuk pembuatan kertas, filem, krim pencukur dan losyen. Dalam industri pembuatan bahan kulit, agar-agar memberikan kekentalan dan kesinaran kepada kulit yang dihasil- kan. Ahli biologi menggunakan agar-agar sebagai medium untuk mengkultur bakteria dan kulat

PROJEK PENANAMAN RUMPAI LAUT

Sumber:Pejabar Daerah Semporna
Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.

Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.

Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.

Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'. Inilah bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut'dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.

Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh orang-orang tempatan.

Sumber: Pejabar Daerah Semporna
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna. Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna. Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya.

(sumber: Pejabat Daerah Semporna)

Kita telah melihat dengan ringkas kepentingan rumpai laut secara komersil. Walaupun sumber ini terdapat dengan banyak di Malaysia, tapi setakat ini belum ada usaha untuk mengekploitnya dengan meluas seperti yang telah dilakukan di negara-negara jiran terutama di Filipina. Gracilariaatau dikenali sebagai 'saghe' telah menjadi sebahagian diet masyarakat di Kelantan dan Terengganu. Di Langkawi, penduduk menggunakan Caulerpa ('lato') sebagai makanan tambahan. Setakat ini, Gracilaria dan Caulerpa hanya diperoleh dari persekitaran tetapi tidak ditanam. 

Sebanyak lebih kurang 500 spesies telah dikenal pasti dan digunakan di seluruh dunia sama ada sebagai makanan, foder atau sumber fikokoloid. Namun hanya kira-kira 20 spesies daripada .l.l genus telah ditanam dengan jaya. Aktiviti penanaman rumpai laut jenis rumpai laut utama yang ditanam ialah Po)rphyra, Eucheuma, Laminaria dan Undariar . 

Rakyat Jepun telah lama berkecimpung dalam penanaman 'nori' atau Porphyra sejak 300 ratus tahun dulu. Pada peringkat awal, penanaman spesies ini tertumpu di Teluk Tokyo. Sekarang ini usaha penanaman ini tersebar luas ke tempat-tempat lain di Jepun. Penanaman ..'nori' bermula dengan mengumpulkan spora dari peringkat makroskopik. Spora ini akan dibiarkan berkembang kepada peringkat mikroskopik di dalam tangki di rumah hijau. Peringkat sporofit yang diperoleh akan dipindahkan ke laut dan dibiar- kan matang pada jaring atau tali. 

Walaupun terdapat permintaan untuk rumpai laut yang menghasilkan fikokoloid, namun penanamannya tidak dapat dilakukan memandangkan pulangannya yang kecil. Pada tahap teknologi sekarang, pengumpulannya dari persekitaran lebih menguntungkan daripada penanaman sendiri tumbuhan ini. Namun, pergantungan yang besar terhadap alam semula jadi sebagai bekalan rumpai laut mempunyai keburukan. Bekalan yang tidak menentu akan menjadikan industri mengekstrak fikokoloid menanggung risiko yang tinggi. Di Filipina, usaha penanaman Eucheuma untuk karagenan telah dimulakan dan telah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Kejayaannya antara lain disebabkan oleh kos pengeluarannya rendah (tenaga manusia yang murah) dan karagenan yang diekstrak bermutu tinggi. 

                Kejayaan penanaman sesuatu spesies rumpai laut bergantung pada pengetahuan ten- tang biologi asas spesies tersebut. Antara lain, kitar hidup dan faktor persekitaran yang mempengaruhi setiap peringkat dalam kitar hidup tumbuhan tersebut perlu diketahui. Penyelidikan perlu dilakukan 


BELI COLLAGEN RUMPAI LAUT

Sesiapa yang berminat untuk beli collagen rumpai laut dengan harga yang murah boleh beli dengan saya.

Semua stok saya ambil terus dari Semporna,Sabah. Saya tak beli dari orang tengah.

Sebarang pertanyaan atau ingin membeli rumpai laut boleh email saya di collagenrumpailautsemporna@gmail.com.

Boleh secara per kg atau hanya per gram.


CARA PENYEDIAN PUDING RUMPAI LAUT

Setelah masak boleh disimpan dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais
1.Basuh rumpai laut, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
2.Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman (rendam 5-8jam).
3.Basuh rumpai laut lagi, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
4.Nisbah air,  100gram rumpai laut = 2.5 liter air kosong
5.Masak dengan api yang perlahan selama 30 minit. Kacau sehingga hancur
6.Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais
7.Kolagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.

Perhatian: Utk mengurangkan rasa hanyir rumpai laut, rendam rumpai laut dgn daun pandan atau asam keping  atau letak sehelai daun pandan semasa memasak rumpai laut.

KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT COLLAGEN


1.Kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
2.Merawat masalah kulit
3.Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
4.Mengencangkan/melicinkan kulit
5Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic.
6.Penuh dengan collagen
7.Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
8.Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
9.Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
10.Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
11.Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
12.Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
13.Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam KUANTITI YANG BANYAK dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Natural Sabah Seaweed